|
Terumbu Karang Redang
Saya mesti mulakan dengan alga. Sejenis alga yang besar ialah rumpai laut berwarna perang yang digelar 'kelp' dalam bahasa Inggeris. Alga bersifat seperti tumbuhan air, contohnya alga menghasilkan makanannya sendiri di bawah cahaya matahari seperti kebanyakan tumbuhan, tetapi sekarang alga BUKAN lagi digolongkan sebagai tumbuhan kerana tidak mempunyai akar, batang ataupun daun sejati. Sebuah buku rujukan menggambarkan alga sebagai organisma yang tidak dapat diberikan definisi! Alga menjalin hubungan yang rapat dengan polip. Polip ialah haiwan yang berbadan silinder dan berongga. Haiwan lain yang digolongkan bersama polip ialah buran dan ubur-ubur. Apabila banyak alga mengisi ruang sel polip dengan padat, mereka membentuk batu karang. Batu karang pula membentuk barisan koloni di bawah permukaan laut yang digelar terumbu karang. Alga dan polip hidup bagai aur dengan tebing. Polip melindungi alga dengan rangka batu kapurnya yang keras manakala dengan gas buangan daripada polip, alga membekali makanan kepada polip melalui proses fotosintesis. Kehadiran alga menyebabkan batu karang berwarna warni.
Jika suhu air persekitaran meningkat, polip menyingkirkan alga. Lepas itu polip akan mati kebuluran dan batu karang akan meluntur. Batu karang yang dijual di pasar begitulah warnanya. Batu karang yang dipijak akan rosak...Oleh itu sila berhati-hati semasa melawat terumbu karang.
|