Asal Usul Nama dan Dialek Selangor
Saya selalu ingin tahu: apakah terjadi kepada Puteri Hang Li Po setelah berkahwin dengan Sultan Mansur Shah? Menurut sejarah Selangor, baginda berdua mendapat seorang putera yang dinamakan Paduka Sri China. Cahaya mata puteri Hang Li Po menjadi pemerintah daerah Jeram dan Langat apabila kedua-dua kawasan Selangor ini ditakluki oleh Melaka.
Bagi saya nasib puteri China yang terpaksa merantau ke nusantara untuk mengahwini seorang lelaki asing yang mungkin tidak dicintainya lebih menarik daripada cerita asal usul Selangor yang berkaitan dengan seekor langau. Tapi entah mengapa cerita langau ni amat popular di internet.
Langau ni terpikat oleh serumpun rambut kusut-masai tidak berbasuh berhari-hari. Maka Sang Langau menjunamlah ke firdaus busuknya. Padahal tuan punya rambut itu seorang pahlawan Melaka yang cuba melelapkan mata di dalam butan.
"Fuup!!" Manalah tamparan pahlawan dapat kena Sang Langau?
Pada tanggapan saya, tamparan Sang Pahlawan tidak hebat pada hari bersejarah itu kerana beliau panas baran bahawa orang Portugis baru menendang majikannya Sultan Melaka keluar kampung halaman sehingga dia sendiri juga menjadi pelarian.
"FUUP!! Fupp..fupp...fupp..."
"Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz....ZZZZZZZ"
Demikianlah manusia dan langau "bersilat" entah berapa pusingan...dan akhirnya Sang Langau berjaya mendarat pada batang hidung pahlawan. Dengan tekad penuh, pahlawan menampar hidungnya...
PIAK!!!
Kita yang memahami kehebatan mata kumpuan serangga pun tahulah akibatnya. Bayangkan betapa sakitnya batang hidung itu...merah pedam seperti hidung Santa Klaus. Tapi langau bedebah itu masih mengelilingi atas kepalanya.
Setiap kali Sang Pahlawan merenung bayang hidungnya di dalam sungai, berfikirlah beliau:
"Kalau Parameswara mengasaskan Melaka di tempat kancil mengalahkan anjing, mungkin tempat langau menewaskan pahlawan gagah Melaka pun satu alamat baik?"
Maka Sang Pahlawan pun membina negeri "Se-langau".
Kemudian muncul adat dalam dialek negeri ini yang berbunyi begini:
"Diftong -au pada bahagian akhir suku kata diujarkan sebagai -e".
Jadi SelangAU diujarkan sebagai SelangE. Berkat Si Langau, SelangE menjadi tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu dan kemudian entah pengaruh dialek sapO lagi, menjadi SelangOR-lah! LOL
Rujukan
1. Kesan Sejarah dan Tempat-Tempat Menarik-Negeri Selangor Darul Ehsan oleh Mohamed Roselan Abdul Malek 2. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, DBP
Kembali ke Peta Bahasa Malaysia Laman Utama
|