Rakan-rakan mengucapkan tahniah kepada aku yang bunting pelamin. Pasanganku berjaya membuntingkanku sebaik sahaja kami bernikah.
Aku berundur ke suatu sudut yang sunyi. Di sana, aku menyimpan bakal anak-anak dengan cermat ke dalam lapik saku di perut. Hari demi hari, perutku semakin membunting. Aku bunting sarat selepas tiga minggu. Aduh, aku mengalami sakit pelahiran selama beberapa jam! Akhirnya saku perutku terbuka dan memancutkan anak-anakku seramai 1,500 ekor. Mereka berenang ke arahku sambil memanggil : " Ayah..."
Kosa Kata Kehamilan
Pregnancy Vocabulary
bunting
pregnant for animals
hamil
pregnant for human beings
bunting pelamin
become pregnant within the first month of marriage
membuntingkan
impregnate
membunting
tummy becomes swollen due to pregnancy
bunting sarat
heavy with baby, ready to give birth
mengalami sakit pelahiran
go into labour
Profil Unduk-unduk
Profile of a seahorse
Unduk-unduk jantan yang menjadi hamil dan melahirkan anak-anak.
Unduk-unduk ialah sejenis ikan yang setia kepada pasangannya sehingga akhir hayat.
Pada waktu subuh, unduk-unduk menari dengan pasangannya.
Unduk-unduk tidak ada gigi dan perut untuk menghadamkan makanan. Seekor unduk-unduk perlu makan sebanyak 50 ekor udang untuk mendapatkan khasiat yang cukup.
Satu mata unduk-unduk melihat hadapan and mata yang satu lain melihat ke belakang pada masa yang sama, oleh itu unduk-unduk senang memburu udang.
Unduk-unduk yang kecil saiznya ialah jenis kerdil sebesar kuku jari tangan manusia manakala jenis perut buncit adalah lebih kurang 30 sentimeter.
Antara pemangsa unduk-unduk ialah penyu dan ketam.
Ulasan Kaum Wanita
Women's Comments
"Mereka idaman setiap wanita."
"Alangkah hebatnya yang bunting dan melahirkan anak itu unduk-unduk jantan."