Home
BM Store
Blog Malaysia
Online Classes Audio
Video
Basics BM Consonants
BM Vowels
Malaysia Info BM & Maps
Sabah
Culture
BM History
BM & Fruits
BM & Food
BM & Flowers
Newspaper
Fancy Malay Tatabahasa
Idioms
Pepatah
Kata Ganda
Similes
Children
BM & Literature
Numeral Coefficient
Dictionary
Malese
Blunders!
Let's Sing!

[?] Subscribe To This Site

XML RSS
Add to Google
Add to My Yahoo!
Add to My MSN
Subscribe with Bloglines

 

Dialek Melayu Sarawak

English



"Vida...Kitak buat kamek bahagia!"


Pelafazan bernada romantis di atas daripada seorang watak kacak yang cepat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Miri dengan mencuba dialek Melayu Sarawak. Amboi, bertuah si Vida ni. Adakah Si Vida akan menjawab:" Auk, bang..." ataupun " Sik, bang..."?


Fahamkah monyet-monyet sekalian akan maksudnya? Di sini, saya sediakan penerangan kata kunci:


kitak=awak

kamek=saya

ya=auk

tidak=sik


Orang Melayu yang tinggal di sepanjang Sungai Sarawak bertutur dialek ini. Dulu, Rajah orang putih Si Brooke itu suka mengupah orang Melayu untuk memegang jawatan penting dalam kerajaannya. Justeru itu, dialek mereka tersebar luas ke seluruh Sarawak. Sehingga dapat bertanding dengan bahasa Melayu Baku, sehingga Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan sebuah buku berjudul " Daftar Kata Dialek Melayu Sarawak."


Kaum asli lain senang menggunakan dialek ini kerana senang difaham. Contohnya, orang Bidayuh Selakau tidak dapat memahami dialek orang Bidayuh Jagoi. Auk, sik faham subdialek sendiri. Mereka menyelesaikan masalah ini dengan bertutur dialek Melayu Sarawaklah!


Orang Iban juga begitu suka bertutur dialek ini sehingga lahirnya subdialek Melayu Saaribas yang mengandungi banyak kata pinjaman bahasa Iban.


Auk, di tempat berlainan terdapat subdialek Melayu Sarawak yang berlainan. Variasi di Miri ketara berbeza dengan variasi asli di Kuching. Miri lebih dekat dengan Brunei, jadi lebih dipengaruhi oleh bahasa Brunei. Nampaknya ada juga variasi di seberang Laut Cina Selatan iaitu dialek Tioman. Setahu kamek, dialek ini ditutur di tiga buah perkampungan tetapi bilangan penutur generasi mudanya semakin berkurang kerana lebih senang menggunakan dialek Melayu Johor.


Semasa menulis laman web ini, kamek teringat akan kawan-kawan Sarawak kamek. Ada di antara mereka mempunyai namE ( bukan salah menaip, ini dialek Sarawak ) ahem istimewa...seperti Belun dan Mangga. Si Belun ada kenalan yang bername Panti ( Auk, seluar dalam perempuan ) manakala si Mangga ada kawan di hutan yang menamekan anaknya Helikopter. Sumpah! Kisah benar ni.


Aduhai, kamek rindu akan geng Sarawak-lah. Kitak tolong berdoa agar satu hari nanti kamek dapat kembali melawat ke bumi kenyalang!


Rujukan

1. Keabadian cinta oleh Noor Abby

2. PELBBA 18: Pertemuan Linguistik Pusat Kajian Bahasa dan Budaya Atma Jaya oleh Yassir Nasanius, Universitas Katolik Indonesia Atma Jaya. Pusat Kajian Bahasa dan Budaya

3. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, DBP

4. The Encyclopedia of Malaysia: Languages and Literature, Volume editor Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar


Kembali ke Laman Peta Bahasa Malaysia

Homepage