Sagu & Ruyung


"Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu"


Mula-mula, kita mesti kenal apa itu sagu, kan? Saya terasa nak ketuk kepala monyet-monyet sekalian yang tak pasang mata memerhati kewujudan sagu.


Biasanya kita nampak bebola kecil lagi telus dalam puding Cina ni...


sago puding


Gambar diambil oleh mccheng, melalui flickr


Brunei menganggap Ambuyat sebagai simbol makanan tradisionalnya. Ambuyat dibuat daripada tepung sagu. Di Sabah, daerah Kuala Penyu juga terkenal dengan ambuyatnya. Kalau monyet-monyet sekalian tak larat makan ambuyat kerana terlalu sakai, sekurang-kurangnya cuba kuih sagulah. Kenapa keropok lekor sejuk tidak menjadi liat macam getah? Ah...kerana sudah dicampur dengan tepung sagu. Minuman susu teh mutiara Taiwan ada biji bebola besar yang menyerupai sagu tetapi dibuat daripada tepung ubi, bagi saya, biji sagu lebih sedap dan semulajadi.


Monyet-monyet sekalian hidup bahagia kerana tidak kenal apa itu kelaparan. Pada zaman dahulu, tempat kita ini bukan selalunya ada nasi makan. Tak ada nasi, macam mana? Sagu ganti nasilah. Dulu, tak ada kedai runcit menjual biji/serbuk sagu. Macam mana? Pergi cari pokok sagu dulu...


sago palm tree, sago palm


Dipetik daripada artikel : "The Tree of Life (Part 1)", eatingasia.typepad.com



Nah...ini rupa pokok sagu.


Nama lain pokok ini, pokok rumbia. Ada satu jenis lagi pokok yang juga menghasilkan sagu tetapi beracun. Sagunya masih boleh dimakan jika diproses dengan berhati-hati.


sago, sago palm


Dipetik daripada artikel : "The Tree of Life (Part 1)", eatingasia.typepad.com


Kita tebang pokok rumbia. Lepas itu dikerat batangnya. Batang pokok sagu terdiri daripada dua bahagian: bahagian luar kulit pokok yang keras dan bahagian dalam lembut ( sedikit ) yang mengandungi kanji sagu. Lapisan kulit keras di luar itu digelar RUYUNG.


Orang dalam gambar di atas tu sedang mengikis bahagian dalam pokok rumbia menggunakan peralatan ringkas.


sago, sago palm


Dipetik daripada artikel : "The Tree of Life (Part 1)", eatingasia.typepad.com


Mari kita meninjau dari tepi supaya lebih jelas bahagian ruyung.


Kamu sangka ini kerja senang? Cuba tolong orang ini kikis isi batang pokok rumbia dua puluh minit saja. Tengok sakit tak tulang belakang kamu.


"Pecah ruyung" hanya langkah pertama. Lepas itu parutan batang pokok rumbia kena rendam air, diperah, dibilas berkali-kali, dipisahkan kanji daripada air, dan dipanggang menjadi tepung/biji. Biasanya seisi kampung mengambil masa sehari suntuk bergotong-royong membuat sagu.


Kalau orang dulu malas buat semua kerja ini, tak payah makanlah. Pergi cari rumput lagi senang, kan? Itulah sebabnya pepatah di atas membawa maksud kita mesti berusaha ( tebang, kikis, uli, perah, masak ) untuk mencapai cita-cita. ( cari makan )


Ya ...saya nampak orang yang mengikis batang rumbia itu memijak parutan kanji sagu dengan kaki ayamnya. Memproses sagu dengan tangan ( dan kaki ) setahu saya, jarang terdapat di Malaysia pada zaman moden ini, kebanyakan sagu di negara kita dibuat dengan mesin.



Senarai Pepatah Bahasa Malaysia

Laman Utama