Apakah itu RSS?
Anda mungkin sering terlihat butang berwarna jingga RSS atau XML di merata-rata internet. Jika anda berasa hairan apakah mereka...
Inilah "sensasi akan datang"---anda boleh menggunakannya untuk mendapatkan saluran berita daripada CNN atau BBC, malahan apa-apa sahaja, termasuk berita tentang wayang gambar yang akan datang, keluaran DVD, laporan kemas kini lawatan persembahan artis muzik kegemaran anda dll.
Sebaik saja anda mula menggunakannya, seolah-olah bahagian Web kegemaran anda menampilkan diri ke depan anda. Tidak perlu selalu bersusah payah keluar untuk mengetahui apa yang terbaru.
"RSS" ialah singkatan "Really Simple Syndication" dalam Bahasa Inggeris, dan boleh dikatakan " Perkongsian yang betul-betul mudah". Ertinya apabila anda melanggan sebuah laman yang mempunyai saluran RSS, anda tidak perlu singgah di sana setiap hari atau minggu sekadar mengejar kekinian.
Bagaimana anda bermula? Senang!
Muatturun Pengumpul RSS percuma dahulu. Ini ialah perisian percuma yang mengumpul saluran-salauran RSS...
Windows -- RssReader http://www.rssreader.com/ Mac -- NetNewsWire http://ranchero.com/netnewswire/
Sebaik saja anda memasangkannya, selanjutnya anda hanya perlu melakukan yang berikut...
Klik sebelah kanan ( "control-click" untuk pengguna-pengguna Mac) mana-mana satu butang jingga RSS yang terdapat pada laman, blog atau sumber berita yang anda minati. Mula dengan klik sebelah kanan butang jingga di bawah. Lepas itu...
Pilih "Copy Shortcut" ("Copy Link to Clipboard" untuk Mac, "Copy Link Location" untuk pelayar web Firefox), dan tampalkan Penempatan Sumber Semesta atau URL ke dalam pengumpul RSS anda.
Itu sahaja! Anda sudah menjadi pelanggan.

klik pada sebelah kanan untuk bermula
_________________________
Tidak berminat muatturun perisian baru? Langgan melalui My Yahoo! atau My MSN atau Google...

muatkan RSS bahasa-malaysia-simple-fun.com ke dalam "My Yahoo" anda

muatkan RSS bahasa-malaysia-simple-fun.com ke dalam "My MSN" anda

muatkan RSS bahasa-malaysia-simple-fun.com ke laman web google anda
Back to Malaysia Blog Homepage

|