Home
BM Store
Blog Malaysia
Online Classes Audio
Video
Basics BM Consonants
BM Vowels
Malaysia Info BM & Maps
Sabah
Culture
BM History
BM & Fruits
BM & Food
BM & Flowers
Newspaper
Fancy Malay Tatabahasa
Idioms
Pepatah
Kata Ganda
Similes
Children
BM & Literature
Numeral Coefficient
Dictionary
Malese
Blunders!
Let's Sing!

[?] Subscribe To This Site

XML RSS
Add to Google
Add to My Yahoo!
Add to My MSN
Subscribe with Bloglines

 

Perak

Saya dan Labu

English


"Mike tengin bebeno!"


Ini satu-satunya ayat yang saya ingin belajar dari Perak kerana saya selalu menjerit begini kepada monyet-monyet sekalian.


Terjemahannya:


"Awak terlalu bongok!"


Penerangan sedikit untuk monyet-monyet sekalian:


Mike=awak

tengin bebeno= terlalu bodoh

teman=saya

kala=kalau


Setahu teman, contoh yang di atas itu merupakan dialek Perak asli, juga dikenali sebagai dialek Parit/dialek Melayu Sungai Perak, yang ditutur di pinggir Sungai Perak.


Oghang Peghak itu kadangkala ada yang menggelar sendiri bukan teman, tetapi "hang, hang, hang" kerana terpengaruh oleh bahasa Siam dan Kelantan. Nampaknya dialek Hulu Perak ni. Manakala dialek Perak Tengah yang dikatakan lebih menyerupai dialek Johor, kata ganti diri pertamanya "saye".


Ada juga buku rujukan yang mengatakan pada keseluruhannya Bahasa Melayu Perak lebih dekat dengan Bahasa Melayu Kedah. Nampaknya loghat yang dipengaruhi Kedah ada cara lain lagi menyebut "saya"


Berpusen kepale teman! Contoh "saya" di atas menunjukkan kepelbagaian jenis dialek yang terdapat di Perak.


Lagi satu...perkataan "labu" di Perak tidak semestinya sayur yang sedap. Kala mike berjumpa dengan labu bocong, labu tela, labu pucung, dan labu panai - semuanya bekas air tembikar yang digelar labu Sayong.


Sayong itu Daerah Sayong di Kuala Kangsor. Disinilah tanah liat diambil untuk membuat labu Sayong. Tanah yang sesuai digunakan dikatakan tanah yang didapati satu kaki dari aras permukaan bumi. Fungsi tradisional labu Sayong ini sebagai bekas air kenduri dan musim menziarahi tanah perkuburan.


Kala ada peluang, teman ingin membeli labu Sayong supaya dapat menikmati air sejuk tanpa terlalu bergantung kepada peti sejuk. Mana tahu, kala batuk atau demam panas pun boleh sembuh, tak payah bayar doktor. Ke ke ke....



funny cartoon pumpkin

Bilakah labu bukan labu?


funny cartoon boy

Bebeno LOL



Rujukan

1. Pluricentric languages: differing norms in different nations By Michael G. Clyne

2. Kertas Ujian EPH SJK(C) 4, Zila Zainuddin

3. Utusan Malaysia 07/04/08, Tembikar Warisan Tradisi

4. Ensiklopedia Sejarah & Kebudayaan Melayu, DBP



Kembali ke Peta Bahasa Malaysia

Laman Utama