Adakalanya saya tahu, kamu ingin memanggil saya "gadoy takuy".
Istilah pertama ialah nenek manakala istilah kedua, hantu dalam dialek Temuan yang ditutur di Negeri Sembilan. Apabila saya ketuk kepala kalian kerana curi tulang membuat tugasan pembelajaran, saya menjelma menjadi perempuan sihir yang tua dan jahat. Kek kek kek...
Si bedebah yang selalu makan jalan saya, saya akan mengutuknya: " TAKUY " dan saya pasti dia tidak tahu maksud sebenarnya walaupun ini merupakan dialek Melayu asli yang lebih asli daripada dialek Negeri Sembilan. Kek kek kek!
Apakah dialek Temuan? Temuan ialah bahasa ibunda puak Orang Asli Temuan yang tinggal di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.Menurut pengkaji-pengkaji bahasa, Temuan amat mirip dengan bahasa Melayu.
Selain daripada perbezaan istilah yang tersebut di atas, satu lagi perbezaan Temuan dengan Bahasa Melayu baku ialah hentian glotis pada huruf yang berakhir dengan vokal. Ingatkah lima vokal asas yang selalu saya leterkan? A,O,E,I,U.
Maksudnya, kalau saya nak bercakap lebih mirip dengan orang Temuan:
"KaU( tersedu sedikit )takuy!"
Dialek yang dibawa oleh orang Minangkabau pula, saya tak boleh menggunakannya untuk mengutuk orang pasal, pasti banyak "nogorian" yang faham ...nanti bahayalah saya ni.
Dialek Negeri Sembilan ni ketara lebih popular dengan lagu-lagu berjudul:
"Kocik kocik jago kobau"
"Apo nak dikato"
dan "Apo kono eh jang"
Saya tak pandai dialek N9. Yang saya tahu, kocik ialah kecil. Perkataan yang berakhir dengan "O" boleh digantikan dengan "a" untuk menjadi bahasa baku. Jadi,
Gurindam tarian randai yang berteraskan seni silat Minangkabau juga didendangkan dengan dialek negeri sembilan.
Latihan Kefahaman
1. Apakah dua dialek Bahasa Melayu yang ditutur di Negeri Sembilan dan sapo penuturnya?
2. Sapo warga Negeri Sembilan yang membina bumbung rumah seperti tanduk kerbau dan kaum wanitanya juga memakai kain perhiasan kepala yang dililit menjadi bentuk tanduk kerbau?
Tahukah Anda...?
Antara dialek semenanjung, dialek Negeri Sembilan mempunyai bilangan fonem ( vokal dan konsonan )yang paling sedikit iaitu 26 . Beras dalam dialek n9 ialah bogheh, awak pula menjadi ekau. Penutur dialek Temuan dianggarkan berjumlah kurang daripada lima ribu di Negeri Sembilan dan negeri-negeri yang bersempadan dengannya.
Rujukan:
1. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia