Nama Bunga yang Membuat Kita Tersengih
Kita sentiasa terserempak dengan bunga-bunga ini di Malaysia, Berapa orang di kalangan kita pernah terfikir bertanyakan nama bunga-bunga ini ? Saya angkat kening apabila mengetahui jawapannya…

Buta-buta…tidak ada kaitan dengan kecacatan mata, ini hanya namanya.

Buah Buta-buta, nama lainnya Pong-pong. Pasti bunyinya “Pong! Pong!” semasa terjatuh ke dalam air.

Siapa pernah cuba mengunyah daun kerup gelanggang…adakah rasanya rangup berbunyi “Kerup! Kerup!”?

Janda Kaya. Tidak mungkin menjanda lama dengan pakaian yang secantik ini.

Janda Kaya “berpakaian” putih.

Kacang hantu. Jangan risau, ini bukan orang jahat.

Ini bukan kacang hantu, ini kacang telang. Saya berasa lapar memikirkan kuih nyonya dan nasi kerabu yang diwarnai bunga ini.

Permainan saya pada zaman kanak-kanak, kami picit air daripada bahagian bunga ini seperti “senapang air”.

Bunga Pancut-pancut.
Kembali dari Nama Bunga yang Menggelikan Hati ke Laman Bunga dan BM
|