Home
Children
Beginners
Beginners 2
Intermediate 1
Intermediate 2
Intermediate 3
Intermediate 4
Intermediate 5
Story 1
Story 2
BM Store
Crash Course
Radio
Newspaper
BM & Maps
Blunders!
Malese
Chinese-BM
Let's Sing!
Culture
Sastera Karut
Dictionary
Tatabahasa
Site Search
BM History
Idioms
BM & Flowers
Iklan BM
Unorthodoxy
Free Newsletter
Sitemap
Blog Malaysia
About Wan
Contact Me

[?] Subscribe To
This Site

XML RSS
Add to Google
Add to My Yahoo!
Add to My MSN
Add to Newsgator
Subscribe with Bloglines

Simpulan Bahasa Buang air - Buang Undi

英语

Buang air 排泄

Tandas di dalam kapal selam hanya dua buah, satu buang air kecil manakala satu lagi buang air besar yang dikongsi oleh 70 orang!
潜水艇内只有两间厕所,一间小便而另一间大便让七十个人共用!


Buang anak 堕胎。

Ibu yang membuang anak sebenarnya tidak sedar bahawa mereka membunuh darah daging sendiri.
堕胎的母亲其实未觉悟她们谋杀亲生骨肉。


Buang baka 侮辱祖先优点。

Dalam proses memperjuangkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, orang Melayu diseru jangan jangan membuang baka.
在为成立马来联邦过程中,马来人被呼吁别有辱祖先名声。

Buang bala 消除晦气。

Setelah saya terjatuh ke dalam longkang, kawan saya meludah ke longkang itu untuk buang bala.
我掉入沟渠后,朋友吐痰进沟渠为我消除晦气。

buang bini


Buang Bini To divorce one's wife. 休妻。

Kadangkala, terpaksalah buang bini yang selalu buang piring.

--You won't take this seriously, will you?


Buang diri 自我放逐。

Ada beberapa orang pemimpin Iraq yang hidup membuang diri di negara lain.
有几个伊拉克前领袖自我放逐去海外生活。


Buang hidup 因犯法而被放逐到自己国家另一个地区。

Banyak rakyat Russia pernah dibuang hidup ke Siberia.
许多苏联人民曾被放逐到西伯利亚。


Buang lelah 歇息。

Akhirnya dia berhenti, membuang lelah untuk seketika di hadapan pintu kamarnya
最后他停下来,在房间门口歇息。

Buang malu 不顾羞耻,厚起脸皮。

"Aku RINDU pada dia, Siti," dia membuang malu, berterus-terang pada Siti. "Kalau rindu jumpalah dia. Kau yang jual mahal," jawab Siti.
“西蒂,我想念她,”他厚起脸皮坦白地告诉西蒂。“如果想念就去见她吧。是你自己自高,“西蒂答道。


Buang muka 1. 转过脸不看。

Faiz menutup hidung sambil membuang muka, menghindari sumber busuk dari longgokan sampah yang dilaluinya itu.
Faiz 一边掩鼻,一边把脸转过来;避开他走过的一堆垃圾的臭味。


Buang muka 2. 不管,不理睬。


Buang mulut 说话不坦白。


Buang negeri 放逐,流放。

Ngah Ibrahim dituduh bersubahat membunuh Residen British di Perak, dan bersama-sama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles. Ngah Ibrahim mati di Singapura dalam tahun 1895.
被告共谋杀害霹雳州英国地方长官的Ngah Ibrahim与他的岳父Laksamana Mohamad Amin 被放逐到塞舌尔群岛。Ngah Ibrahim 1895 年去世。


Buang nyawa 1.

Kita harus mementingkan keselamatan daripada buang nyawa sia-sia di jalan raya.
与其在马路上白白死去,我们应该注重安全。

Buang nyawa 2. 牺牲。

Banyak yang terharu dengan ibu kucing yang nyaris buang nyawanya menyelamatkan tiga ekor anak-anak semasa rumah mereka dijilat api.
为了救出被困在着火家中三只小猫而几乎牺牲自己的母猫,感动了许多人。


Buang sauh 抛锚,停泊。

Kapal pihak kastam buang sauh di sebelah sebuah kapal kasino yang dilelong sehingga semua pembayaran dijelaskan.
海关的船停泊在一艘被拍卖的赌船直至债务还清为止。

Buang sial buang bala 同义。

Pada hari tahun baru, orang ramai mandi di laut untuk buang sial.
新年时,公众人士在海里游泳消除晦气。

Buang sifat Palembang, 这马来成语意思是把人家打伤至部份残废。


Buang tabiat 人在临死前的反常举止。

"Saya tidak boleh gambarkan seksanya dia, sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tiga hari tak dapat benda itu, dia buang tabiat. Sekejap azan, sekejap berzanji. Cukup seksa.''--Mawi, tentang seorang ahli keluarganya yang ketagih dadah.
”我无法表达他在临死前是多么的痛苦。三天得不到那东西 ( 毒品),他就举止反常了。一会儿祈祷,一会儿歌颂先知。实在是太痛苦了。“ -- 一位男歌星谈及一个染上毒瘾的亲属。


Buang ubat 也叫做Buang tembakan ,没用射中目的而浪费火药。


Buang undi 投票。

Pengundi di luar Perancis mula buang undi.
法国郊区的选民开始投票。



Ke Senarai Simpulan Bahasa

Dari Simpulan Bahasa Buang Air - Buang Undi ke Laman Utama





footer for malay page