kementerian Pelajaran Malaysia & Bahasa Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia leads the list of bureaucracies that I wish to grumble about.
You might have noticed how good bureaucracies are at complicating simple things, such as teaching suku kata. So I created this section to demonstrate how you can give vent to your frustrations in Bahasa Malaysia.
If you are expecting foul language, you have come to the wrong place. On the other hand, if you want to nudge officialdom gently, you will get inspiration here.
Below is a dialogue between two ladies under a shady tree waiting for the school to dismiss their children.
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kemahiran Membaca
Puan Diji: Puan Selkom, bagaimana dengan Nor sekarang? Puan Selkom: Terima kasih atas keprihatinan Puan Diji terhadap anak saya. Dia lebih maju dalam pelajarannya sejak menghadiri kelas tuisyen.
Puan Diji: Syukurlah kalau begitu...Dahulu Puan Selkom sentiasa risau akan Nor kerana tidak pandai membaca walaupun sudah dalam kelas tahun dua.
Puan Selkom: Sebenarnya, saya berasa hairan, Puan Diji. Anak saya ini, walaupun agak lembap tetapi dia ada hati untuk belajar kalau diberikan perhatian. Saya tidak faham apa yang berlaku di sekolah sehingga anak saya masih buta huruf setelah setahun di sana.
Puan Diji: Jadi, bagaimana cikgu tuisyen mengatasi masalah Nor?
Puan Selkom: Cikgu itu cuma mengajar Nor cara membunyikan suku kata dan menggabungkannya. Sekarang Nor pandai membaca.
Puan Diji: Saya difahamkan ada pihak yang mencadangkan kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan pembelajaran suku kata untuk tahap 1 sekolah rendah.
Puan Selkom: Memang saya bersetuju dengan cadangan itu. Saya berharap Kementerian tidak mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkannya. Maklumlah sekarang sudah tahun 2006!
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Buku Sekolah
Puan Diji: Semoga kita panjang umurlah, Puan Selkom. Saya pula berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia lebih memprihatinkan kualiti buku murid. Anak saya Atan mengadu bahawa buku sekolahnya membosankan dan saya terpaksa bersetuju dengannya.
Puan Selkom: Eh! Si Atan kamu itu sebaya dengan Nor- baru berumur lapan tahun sudah tahu mengkritik buku?
Puan Diji: Biasanya saya membaca buku sekolah Atan bersamanya. Contohnya, semalam kami membaca pelajaran tentang pengalaman seorang murid berenang menggunakan alat snokeling untuk melihat batu karang. Atan meminta saya menerangkan istilah batu karang, saya pun melayari internet bersamanya untuk mencari fotobatu karang.
Puan Selkom: Eh, eh! Kenapa Puan Diji perlu melayari internet ?
Puan Diji: Ilustrasi yang berkaitan dengan cerita itu tidak ada batu karang, kalau ada pun, nampaknya seperti rumpai laut. Sebab itulah Atan agak keliru. Setelah melihat foto batu karang, dia mentertawakan ilustrasi di dalam bukunya.
Puan Selkom: Buku mata pelajaran apa itu?
Puan Diji: Buku Bahasa Malaysia.
Puan Selkom: Ha ha ha! Mungkin itu juga sebabnya Nor tidak gemar membaca buku sekolahnya.
Puan Diji: Bukan sahaja ilustrasi, pada pendapat saya...gaya bahasanya perlu diperbaiki agar tidak terlalu rumit untuk budak-budak. Panasnya, mengapa Atan masih tidak datang? Biasanya dia cepat.
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Telefon Bimbit
Puan Selkom: Murid-murid lain sudah pun keluar...
Puan Diji: Alangkah senang hidupku kalau Atan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.
Puan Selkom: Apalah kita boleh buat? Lagipun ini arahan Kabinet kepada Kementerian. Sebagai rakyat yang taat, kita memberi kerjasama sahaja.
Puan Diji: Jom! Mari kita masuk ke kawasan sekolah untuk mencari anak-anak kita.
---------End of dialogue --------------
Here is a list of useful words from the dialogue to grumble about bureaucracy:
| risau hairan bersetuju mempertimbangkan mengadu | worry puzzled agree consider complain | membosankan mengkritik Eh mentertawakan rumit | boring criticize to express shock laugh at complicated |
You might need these words when you come across a school book endorsed by the Ministry of Education :)
More Unorthodoxy of Malay Language Return from bureaucracy of Kementerian Pelajaran Malaysia to Homepage

|