Kedah
Wahai monyet-monyetku,
Cerita Kedah Darul Aman ni, selalunya dikaitkan dengan Mahsuri dari Langkawi tu. Mahsuri bukan satu-satunya perempuan cantik tempatan yang mengalir darah putih.
Puteri kesayangan Sultan Sulaiman Shah I yang memerintah Kedah dari 1373 hingga 1423 juga dikatakan berdarah putih.
Saya tidak tahu nama puteri ini kerana tidak dicatatkan. Puteri ini senasib dengan Mahsuri akhirnya.
Semasa zaman puteri berdarah putih ni, Kedah bermusuhan dengan Acheh. Apabila putera Acheh datang meminang, Sultan Sulaiman Shah memang tidak rela mengangguk kepala. Tetapi, baginda tidak boleh menolak Acheh yang boleh mengancam keselamatan Kedah. Jadi, baginda menghantar seorang gadis lain yang menyamar sebagai puterinya untuk dikahwinkan dengan putera Acheh.
Pada satu hari, puteri palsu itu nak makan pinang. Dia pun mengeluarkan kacipnya untuk memotong pinang. Entah mengapa, jarinya terluka oleh kacip lalu berdarahlah. Apabila orang lain nampak warna darahnya merah bukan putih, tahulah mereka itu bukan puteri Kedah sebenarnya.
HabEHlah Kedah diserang Acheh. Sebelum ditawan, Sultan Sulaiman Shah membunuh puterinya sendiri.
Aduhai, malang betul nasib perempuan berdarah putih!
Saya ada menggunakan perkataan dialek Kedah iaitu :
Habeh = habis
Selain terkenal dengan padi, boolah, perempuan berdarah putih, dan Bapa Malaysia, Kedah juga menghasilkan dialek Bahasa Melayu yang lebih ringkas daripada bahasa baku pada pendapat saya. Antara ciri-ciri dialek Kedah:
1. Sedikit Imbuhan. Penutur Kedah lebih gemar akan kata dasar "Mahsuri sumpah Langkawi" daripada kata berimbuhan " Mahsuri meyumpah Langkawi" Kalau ada imbuhan itupun menggantikan akhiran kan dengan awalan per-"Baginda kahwinkan puteri palsu dengan putera Acheh" dalam bahasa baku manakala dalam dialek Kedah "Baginda perkahwin puteri palsu dengan putera Acheh."
2. Ayat berlapis yang panjang jarang digunakan. Kalau aku nak belajaq dialek Kedah, contoh ayat di atas terlalu berlapis. Biar saya pisahkannya menjadi satu satu lapis saja: " Putera Acheh, baginda perkahwin puteri palsu."
3. Sebutan yang meringankan kerja lidah. Saya ada banyak murid yang malas menyebut "-il" dalam degil. Kebanyakan si malas jenis ini selalu sengaja tak baca "s" di hujung perkataan. Mereka harus berpindah ke Kedah. Di sana, degil tu baca "dege" sudah boleh. Panas tu baca "paneh" saja. Tak payah angkat lidah.
Kalau hang orang Kedah, jangan ambe hati, ni olok-olok saja.
Sumber rujukan
1. Kesan Sejarah dan Tempat-tempat Menarik Negeri Kedah Darul Aman oleh Mohamed Roselan Abdul Malek 2. Ensiklopedia SEjarah dan Kebudayaan Melayu, DBP.
Kembali ke Peta Bahasa Malaysia Laman Utama
|