![]() |
||||
|
|
Cabang hati The heart grows branches or divided. The idiom connection is divided in thoughts. "Berapa lama lagi kamu bercabang hati antara membeli tas tangan LV atau Gucci?
"Lepas baca barulah saya tahu sah saya kena tipu. Setiap hari ramai rakyat Malaysia juga luar negara yang buat lapuran kena tipu. Ada yang selesai luar mahkamah, ada kes tertangguh kerana syarikat itu cabut lari dan tukar nama."--petikan akhbar tentang seorang mangsa penipuan. Cabut nyawa To take away one's life. Bayangkan kalau pada masa itu Allah cabut nyawa ini, apa akan jadi pada diri saya yang belum sempat memeluk agama Islam ? Cacamarba Assortment Malangnya, iklan kita kini sudah menjadi porak-peranda, cacamarba, tanpa roh dan semangat jati diri Melayu. Cacing gila A worm goes bezerk. I wonder what's the idiom connection... as this simpulan bahasa means to struggle. Cacing kepanasan When a worm feels hot, it will be restless or anxious... the idiom connection is more obvious than the worm above. Banjir "Kilat" yang melanda Kotaraya Metropolitan Kuala Lumpur semalam sesungguhnya satu sejarah terburuk yang menghantui kepala pemimpin politik di negara ini. Bagai cacing kepanasan, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi bergegas mengadakan lawatan mengejut ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Kata orang, sebelum cacing naik ke mata sesuatu yang bijaksana perlu dilakukan. Cagar alam Literally, a sanctuary for nature. A reserved area for the wild animals. Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang merupakan salah satu cagar alam penyu. Cahaya mata 1. Lover, same as buah hati Kekasihku wahai cahaya mata yang menduduki dalam khayalanku. Aku cinta pada mu sejak bertahun-tahun.--berdiri bulu roma Wan menterjemahkan ini. Cahaya mata 2. Anak Membesarkan cahaya mata untuk menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas mudah terutama jika anak itu kurang upaya dan memerlukan perhatian setiap masa. Cakap angin Idle talk. Ucapan seorang menteri selalu mendapat tepukan gemuruh walaupun sekadar cakap kosong. Cakap besar Boastful talk. Bukan hendak cakap besar, tetapi kehidupan saya memang cukup mewah sekarang. Tiada kemelut kewangan mengganggu fikiran saya--tapi laman webnya tamat tempoh. Cakap mulut Also known as bahasa kolokial or bahasa basahan, colloquial language. "Dah tido' ke?" ialah contoh bahasa cakap mulut. Cakar ayam 1. Very ugly handwriting. Poor chicken, always gets the negative idiom connection. Kata orang, ahli farmasi dilatih khusus untuk membaca cakar ayam doktor.
Cakar ayam 2. A kind of Malay 'kuih' made from sliced cassava or sweet potatos. A picture link will do the idiom connection for this one, yum! Kuih Cakar Ayam Cakar langit Pencakar langit, skyscraper. Pencakar langit ialah sebuah bangunan yang sangat tinggi dengan ketinggian minimum 244 meter.
Top of Idiom Connection of Simpulan Bahasa
|
|||