Belajar Bahasa Melayu OnlineSimpulan Bahasa Am-An
Ambil hati。 介意。
Jangan menyindir seorang menteri ; jika beliau ambil hati, kita yang susah nanti. 别讥嘲部长,如果他介意,我们就可麻烦了。
Ambil hati 2。取悦。
Ibu sudi ambil panjang kesilapan adik kerana adik pandai ambil hati beliau. 母亲愿意原谅弟弟因为弟弟懂得取悦她。
Ambil panjang 1。原谅。 2。拖延。
Anak angkat 养子,养女;义子,义女。
Onn Jaafar ialah anak angkat Sultan Johor. Onn Jaafar是柔佛苏丹的义子。
Anak baju 内衣。
Don Bernstine berjaya membida sehelai anak baju yang pernah dipakai oleh Hendrix dalam persembahannya. Don Bernstine成功标得Hendrix 在表演中曾穿过的一件内衣。
Anak bongsu 幼子,幼女。
Anak bongsu kami baru belajar merangkak. 我们的幼子刚开始学爬行。
Anak buah 1.人民,亲属尤其是侄儿,侄女。
Lebih 1,000 penyokong pasukan bola sepak Terengganu dijangka hadir di Kedah bagi memberikan sokongan kepada anak buah Yunus Alif. 超过1,000名丁加楼足球队的支持者预料会在吉打出席为同乡Yunus Alif打气。
Norizan mengirim salam istimewa untuk mak, ayah, adik-beradik, ipar-ipar dan juga anak-anak buah. Norizan(通过电台广播节目)特地问侯父母,兄弟姐妹以及他们的配偶,和侄儿,侄女。
Anak buah 2.下属,成员。
"Anak-anak buah saya agak letih setelah mengharungi perlawanan demi perlawanan dalam masa yang singkat", kata jurulatih pasukan bola sepak. “我的球员在短时间内经历一场又一场的比赛,已经相当疲倦了,”足球队教练说。
Anak buah 3.船员,机员。
Seorang anak buah kapal motor dihukum penjara 15 tahun akibat menyeludup 955 kilogram sabu-sabu. 一个船员走私955公斤冰毒而被判坐牢15年。
Anak dagang 外来人。
Anak dagang yang terpaksa mencari rezeki di sini janganlah dipandang rendah. 别蔑视背井离乡到这里谋生的外来人。
Anak emas 1.被主人领养的奴隶儿女,被外国人领养的孩子。
Anak emas 2.宠儿。
Sarimah menyangkal dakwaan bahawa dia ialah anak emas Astro apabila satu demi satu tawaran pengacaraan diterimanya. Sarimah被电视台委派主持一个又一个节目,但她否认自己是电视台的宠儿。
Anak hitam 排行第七的孩子。
Anak kandung 亲生孩子。
Lelaki itu membuat ujian DNA untuk membuktikan anak kecil itu ialah anak kandungnya. 那男子进行验血试验为了证明小孩是他的亲生孩子。
Anak kapal Anak buah 的同义,即船员,机员。
Anak kembar 两个或以上同时出生的孩子。
Seorang ibu muda yang baru bersalin tidak menyangka dia mendapat anak kembar tiga. 一位刚生产的年轻妈妈发梦也没想到她生了三胞胎。
Anak negeri 原住民。
Satu contoh perkhidmatan kerajaan ialah " sistem pinjaman pendidikan tinggi anak-anak negeri Perak." “霹雳州原住民高等教育贷款制度”是政府所提供的服务其中一个例子。
Di Sabah, terdapat tuduhan tentang sesetengah orang yang tidak layak diberikan sijil anak negeri. 在沙巴州有人说,有好些人是没有资格得到土族证书。
Anak ngah 排行第二的孩子。
Anak sulung ibubapa saya ialah Pak cik long kepada anak-anak buah manakala anak ngah mereka menjadi Pak cik Ngah. 父母亲的长子是侄子们的大伯,次子则是侄子们的二伯了。
Anak panjang 排行第五的孩子。
Anak piatu 失去双亲的孤儿。
Puteri lilin dianiayai oleh ibu tirinya setelah dia menjadi anak piatu. 白雪公主双亲逝世成为孤儿后就遭受后母苦待。
Anak pinak 子孙。
Projek yang diperoleh oleh anak-pinak menteri itu menjadi buah mulut. 部长的孩子们得到工程的事成为人们的话柄。
Anak putih 排行第六的孩子。
Anak semang 寄居者。
Wan terpaksa menjadi anak semang sewaktu merantau di negara atas angin. 我曾经是流浪西方国家的寄居者。
Anak sulung 长子。
Anak tiri 继子,继女。把某人当作继子女看待即苦待。
Perdana Menteri yang berkahwin lagi menerima kehadiran dua anak perempuan tiri dengan hati yang terbuka. 再婚的首相喜获两名继女。
Ada mangsa banjir yang menjadi anak tiri dan ada juga dilayan seperti anak emas. 有些水灾灾民被苦待,有的则被优待。
Anak tunggal 独子,独女。
Anak wang 贷款的利息。
Bank memberi sedikit bunga wang tetapi mengutip banyak anak wang. 银行发出少许花红却收取高昂的利息。
Kembali ke Senarai Simpulan Bahasa Dari Simpulan Bahasa Melayu Online ke Laman Utama

|