Bahasa Kebangsaan Malaysia Ejaan Lama
At a desolate corner of an exhibition of Bahasa Kebangsaan Malaysia, I spotted a display of an old Malay text book at a time Sabah is still called Borneo. How much changes in the spellings can you identify?
Adab Sopan Menulis Surat Kiriman
Menulis surat kiriman ia-lah satu seni dan sa-bagai satu seni hendak-lah ia di-pelajari supaya dapat kita membuta-nya dengan sempurna dan berjaya.
Sa-lain daripada mengetahui chara2 menulis surat kiriman yang gbaik, ya'ani mengikut ka'edah atau peratoran yang tertentu kita hendak-lah juga menjaga beberapa adab sopan yang berhubong dengan menulis surat kiriman. Kita mesti-lah sentiasa menganggap bahawa sa-puchok surat yang kita kirimkan kapada sa-saorang itu ada-lah sa-bagai menggantikan diri kita sendiri bertemu dan menyampaikan berita kapada orang yangkita kirimkan surat itu.
Apabila kita pergi menemui sa-saorang sama ada orang itu tidak kitak kenali, atau pun sa-orang sahabat tentu-lahkita terpaksa memakai pakaian yang lengkap, kemas dan berseh. Jika pakaian kita tidak lengkap saperti yang biasa kita pakai maka kita akan di-anggap kurang menghormati orang yangkita temui itu dan mungkin di-kechap biadab. Oleh yang demikian itu kita patuu mengetahui beberapa adab sopan yang berhubong dengan surat kiriman serta meng'amalkan-nya.
Pertama sa-kali kertas yang kita gunakan untok menulis surat kiriman hendak-lah sesuai dengan jenis surat yang kita tulis itu. Mithal-nya, jika kita menulis surat kapada sahabat-handai, kenalan dan kaum keluarga kita sendiri elok-lah kita guna-kan kertas khas untok menulis surat kiriman yang terjual di-kedai2--sama ada berwarna puteh atau berwarna lain--saperti kehijau2an atau kebiru2an, ia-itu sa-barang warna yang lembut dan sedap di-pandang. Kertas2 itu biasanya bergaris kerana surat2 kapada sahabat-handai, kenalan, dan kaum keluarga lebeh sesuai di-tulis dengan tangan, ya'ani di-tulis dengan pen, tidak di-taip. Surat2 jawatan dan perniagaan pula lebeh sesuai "di-tulis" dengan mesin-taip dan kertas yang di-gunakan pula hendak-lah daripada kertas taip -- ia-itu tidak ada bergaris, dan warna-nya tidak lain daripada puteh. Mutu kertas itu biar-lah elok --jangan terlampau nipis melayang, dan jangan guna-kan kertas jenis kembang, ia-itu apabila di-tulis dengan dawat tulisan-nya mengembang. Jika surat itu untok dikirimkan dengan pos udara gunakan-lah kertas nipis khas untok tersebut.
Sarong surat yang di-gunakan pula molek-lah sa-padan dengan kertas tulas: ya'ani jika kertas tulis itu biru muda, maka sarong surat-nya pun biru muda; jika kertas tulis itu hijau muda, sarong suratnya pun hijau muda. Saiz sarong surat itu pun jangan terlampau kechil atau terlampau besar. Di-kedai2 ada terjual sarong2 surat yang sa-padan dengan kertas tulis. Kertas tulis itu sa-elok2nya di-tulis pada sa-belah muka sahaja.
Ini akan memudahkan si-penerima surat membacha-nya, tambahan pula sa-belah surat itu di-masokkan ka-dalam fail. Dan jangan-lah menulis surat dengan pensel sahaja. Warna dawat yang elok di-gunakan ia-lah biru atau hitam. Warna hijau mungkin menyakitkan mata; warna merah jangan di-gunakan. Apabila surat itu selesai di-tulis lipat-lah ia baik2, ya'ani jangan herot-berot ikut suka hati sahaja. Surat itu jangan-lah di-lipat terlampau banyak kali--sa-elok2-nya dua kali, sa-lebeh2-nya tiga kali.
"Bahasa Kebangsaan Malaysia yang Nostalgik"
Kembali ke atas Bahasa Kebangsaan Malaysia
Homepage

|